Terkejut Kena Bayar Tol


Seorang pemandu kereta terkejut apabila dia dikenakan tol sebanyak 724,000 rupiah (RM225.80) ketika menggunakan sebuah lebuh raya dari Jakarta ke Bandung.


“Saya mahu ke Bandung dan kerana salah laluan, saya masuk tol. Dan ketika saya masuk ke tol Bandung keluar tol Cikampek, akhirnya Utama atau apa gitu ya. Tarif tolnya berapa? Hmm..Rp724 ribu (rupiah),” kata pemandu tersebut.

Seorang netizen berkata, bayaran tol dari Jakarta ke Cikampek ialah  20,000 rupiah (RM6.24). 

Ada juga netizen yang berkata bahawa sistem tol mengalami kerosakan dan meminta pemandu kereta tersebut membuat aduan kepada pihak yang mengendalikan bayaran tersebut.
 

0/kiriman komen