Terpelanting Tahan Khemah


Beberapa pelanggan dan kakitangan sebuah restoran tercampak ke udara ketika mereka berpaut pada sebuah khemah yang diterbangkan ribut di wilayah Hubei, China.

Kejadian itu berlaku pada 11 Jun lalu di bandar Yichang, wilayah Hubei.


Menerusi video ini memaparkan orang ramai yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja restoran berpaut pada tiang khemah untuk menghalangnya daripada diterbangkan.

Bagaimanapun, khemah itu terbang akibat tiupan angin kencang lalu mengakibatkan beberapa orang tercampak ke udara dan jatuh semula.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka terjatuh ke dalam sebuah ruang makan tertutup dan mendarat di atas meja mahjong.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan parah dan dilaporkan bercakap dengan pelanggan di dalam ruang makan tersebut sebelum beredar.

Pemilik restoran itu menanggung kos makanan pelanggan yang berjumlah kira-kira 50,000 yuan (RM32,237) memandangkan ramai pelanggan tidak dapat menikmati dan menghabiskan makanan mereka
 

0/kiriman komen