Adik Lari, Abang Ganti


Seorang lelaki sanggup menjadi pengantin selepas adiknya melarikan diri menjelang hari perkahwinan.

Majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Campalagian, Polewali Mandar itu berlangsung dengan tenang.

Kedua-dua mempelai pula dilihat tidak menunjukkan riak wajah yang muram.

Namun, di sebalik hari bahagia itu, pengantin lelaki ternyata menggantikan adiknya yang melarikan diri kerana enggan berkahwin.


Sepupu kepada pengantin lelaki meluahkan rasa sedih bercampur gembira melihat majlis perkahwinan itu.

Menurutnya, pengantin lelaki bernama Muh Aksa sanggup menggantikan adiknya, Faisal.

Kedua-dua keluarga kemudian meneruskan majlis yang sudah lama dirancang apabila Muh Aksa bersetuju berkahwin dengan pengantin perempuan bernama Ade.

Ketua Kampung Kenje, Alimuddin berkata, keluarga dua mempelai itu masih mempunyai ikatan kekeluargaan dan mereka telah berunding sebelum proses akad nikah diteruskan.

Sehingga hari ini, mereka sekeluarga tidak tahu punca Faisal melarikan diri, malah keberadannya juga tidak diketahui. 
 

0/kiriman komen