Aksi Payung Terjun Gagal


Seorang anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera parah selepas gagal melakukan aksi payung terjun yang menyebabkan dia terjunam ke tanah pada kelajuan 144 kilometer sejam.

Berdasarkan rakaman kejadian ini, salah seorang anggota pasukan payung terjun Leap Frog terhempas dengan kuat ketika Pertunjukan Udara Duluth di Minnesota Sabtu lalu.

Mangsa yang dihantar ke hospital Essentia Health St. Mary mengalami kecederaan kritikal dan dilaporkan stabil.

Ketika kejadian, mangsa dan seorang rakan sepasukannya dilaporkan ingin melakukan aksi ‘kaki terkunci’.


Namun, salah seorang mereka gagal melepaskan payung terjun tepat pada masanya.

Dalam video ini, juruhebah pertunjukan itu didengari berkata, ‘dua penerjun itu turun pada kelajuan 144 kilometer sejam’, sebelum menjerit ‘break’ supaya mereka melepaskan kaki.

Namun, percubaan untuk memutuskan sambungan kaki tergendala lalu menghalang payung terjun mereka untuk mendapatkan angin yang cukup bagi mendarat dengan lancar.

Penyertaan pasukan itu dalam Pertunjukan Udara lain dibatalkan akibat insiden tragis tersebut tetapi pertunjukan udara lain diteruskan seperti yang dirancang. 
 

0/kiriman komen