Sebuah kilang di Majalengka, wilayah Jawa Barat menjadi kacau-bilau selepas lebih 100 pekerja dilaporkan mengalami histeria.
Berdasarkan klip video ini, seorang wanita dilihat duduk di kerusi roda sambil mengurai rambutnya.
“Haaayang huluuuu…haaayang huluuuu (Mau kepala, mau kepala),” kata wanita itu sambil menangis meminta sesuatu.
“Kira-kira 100 pekerja kerasukan,” kata Ketua Polis Daerah Majalengka, Indra Novianto.
Menurut Indra, kejadian histeria bermula sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) dan berlarutan sehingga pukul 3.30 petang (waktu tempatan) semalam.
Mangsa yang mengalami histeria kemudian dibantu oleh rakan-rakan sekerja. Insiden histeria besar-besaran itu bermula apabila seorang pekerja wanita tidak sedarkan diri.
“Kejadian bermula apabila seorang pekerja dirasuk. Tidak lama kemudian seorang lagi telah dirasuk. Mereka dirasuk sebelum sempat memulakan kerja pada sebelah pagi,” kata Indra
Catat Ulasan