Dua Ekoq Mati Ditempat Kejadian 1 Tak Sempat Sembelih


laju betol lembu lembu tu mesti tuan dia ada kat belakang lembu lembu tu. jadi macam ni kecik kapla hotak dia kasi lari macam tu.ini musti  tuan dia dok hambat nak balik rumah ,tu yang sampai melambong. 

ngam ngam timing dia...memang tak sempat melainkan dari jauh lembu tu dah cross dulu..


Report JABATAN HAIWAN pasti settle. Sebab nak bela lembu kena ada rekod.  bukan boleh main suka bela. kalau report boleh tahu la siapa owner...

maaf ni bukan lembu saya,lembu saya semua kurung dikandang. begitulah kata kata dari seekor tuan lembu yang takut dipersalahkan...

kalau tengok lokasi, nampak  macam kat perak aje...

sampai kiamat konfem takkan jumpa tuan lembu ngaku....kecuali ada seekor lembu yang terselamat boleh berkata kata..baru betul kantoi tuan lembu..🤣🤣🤣🤣🤣


update...

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan detik kejadian dimana sekumpulan lembu melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kubu Gajah, Selama, Perak.

Menerusi video ini, kedengaran suara wanita dan kanak-kanak menangis di dalam kenderaan yang melanggar lembu-lembu berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.

Ramai yang meminta mangsa untuk menuntut keadilan dengan menyaman pemilik lembu-lembu tersebut.

Saman pemilik lembu, nak ternak banyak-banyak tapi tak reti nak jaga baik-baik, kes macam ini boleh jadi punca pemandu lain maut.Kes macam ini banyak jadi dekat Malaysia, ada yang bawa maut tapi pihak berkuasa ‘hampeh’ sekali ketuk sekali buat.

0/kiriman komen