Ibadah Korban Dalam Banjir


Beberapa kawasan di bahagian pulau negeri ini dilanda banjir kilat ekoran hujan tanpa henti sejak malam kelmarin ( 1 Julai 2023 )

Antara lokasi yang terlibat adalah di pusat bandar, Kampung Nelayan, Kampung Paya dan Kampung Sulup di Teluk Kumbar serta Teluk Bahang.


Di kawasan perkampungan Teluk Kumbar, paras air dikatakan mula naik sehingga paras betis pada pukul 9 pagi selain ada yang terpaksa meneruskan ibadah korban dalam suasana banjir.

Difahamkan, ini merupakan kejadian pertama kali pada tahun ini selepas pembinaan Rumah Pam Projek Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar siap dua tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat pukul 9.50 pagi itu, air dikatakan mula surut di kawasan-kawasan terjejas. 
 

0/kiriman komen