Kereta Api Tempuh Kenduri Kahwin Di Tepi Landasan


Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi tular kerana diadakan di tepi landasan kereta api sehingga menyukarkan pergerakan tren.


Dalam video mengenainya ini, kelihatan meja dan kerusi  dihias dengan kain lapik berwarna merah jambu disusun di bahagian tepi landasan.

Tetamu undangan dilihat leka menikmati makanan dengan pelamin turut dihias di tepi landasan.

Dalam masa sama, jurugambar berdiri di seberang landasan untuk merakam gambar pengantin. 

Tidak lama kemudian, sebuah kereta api menghampiri kawasan berkenaan dengan kelajuan perlahan bagi memastikan keselamatan tetamu majlis.

Inilah yang dikatakan sila pandu perlahan..
 

0/kiriman komen