Kucing Gergasi Buka Pintu Rumah


Seekor kucing gergasi yang dipelihara oleh Yulia Minina dari Oskol, Russia semakin membesar dan haiwan itu kini boleh membuka pintu rumah.

Kefir yang merupakan kucing baka Maine Coon sering disalah anggap sebagai anjing kerana badannya panjang dan kaki yang tinggi.


Kucing itu boleh berdiri sama tinggi dengan anak perempuannya  yang sedang menyediakan makanan ringan di dapur.

Kefir juga dilihat berdiri dengan dua kaki dan membuka pintu apabila kakinya menyentuh pemegangnya.

Ketika di taman, Kefir juga cuba menangkap rama-rama.
 

0/kiriman komen