Seorang lelaki dirakam mencuri tabung wang sumbangan amal sebuah surau di Jalan Kebon Kelapa, Jakarta Barat.
Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini, seorang lelaki yang memakai sweater berwarna oren dan membawa beg hitam dilihat membuka pintu pagar surau lalu masuk ke bahagian dalam.
Sambil meninjau keadaan sekeliling, dia duduk sebentar di pekarangan surau sebelum berpura-pura tidur dan mengalas kepala menggunakan beg.
Beberapa minit kemudian, pelaku bangun lalu menuju ke arah tabung sumbangan amal yang terletak di bahagian luar surau.
Selepas memastikan keadaan benar-benar selamat, lelaki tersebut mengangkat kotak wang itu lalu melarikan diri.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Kalideres, Asisten Komisioner Polis Haryaman ketika dihubungi menerusi pesanan ringkas berkata, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Kami akan memeriksa lokasi kejadian,” katanya.
Catat Ulasan