Seorang penjaga zoo di Colorado, Amerika Syarikat membuatkan pengunjung tergamam apabila dia hampir dibaham seekor aligator ketika satu taklimat rutin mengenai aktiviti memberi makan haiwan tersebut.
Kakitangan Colorado Gator Farm, Chad, sedang memberi makan aligator bernama Elvis seperti biasa, namun haiwan pemangsa itu cuba menerkamnya di hadapan pengunjung.
Dalam klip video ini, Chad menawarkan seekor ayam belanda kepada aligator berukuran 3.65 meter panjang dan seberat 272 kilogram itu.
Namun tindakan Chad melempar ayam belanda itu di hadapan Elvis seolah-olah menimbulkan kemarahan reptilia itu, lantas menyebabkan ia cuba menerkamnya.
Chad kemudian panik sebelum terjatuh ke bahagian belakang sebelum cuba menyelamatkan diri.
Orang ramai kedengaran terkejut sebelum seorang pemandu pelancong cuba memenangkan Elvis.
Seorang jurucakap taman itu berkata: “Apabila ayam belanda itu tidak jatuh ke dalam mulutnya, Elvis tertumpu pada tempat yang ada pergerakan.”
Buaya tu nampak ayam dan manusia tiada beza...memang mata buaya ni jenis buta warna agaknya...nyaris tak di cederakan ,silap silap jadi arwah pulak... 🤣🤣🤣🤣🤣
Catat Ulasan