Nyaris Dilanggar Ketika Melintas


Tindakan sekumpulan individu dipercayai pelajar di sebuah sekolah di Bayan Lepas, Pulau Pinang melintas jalan raya tanpa menggunakan laluan di jejantas mengundang kemarahan orang ramai.

Ini kerana, perbuatan tersebut berisiko berlakunya kemalangan serta kehilangan nyawa.


Menerusi satu klip video ini , kelihatan tiga orang pelajar sekolah dilihat melintas jalan tanpa menggunakan laluan jejantas yang disediakan berdekatan kawasan tersebut.

Ketiga-tiga mereka nyaris dirempuh beberapa kenderaan ketika melintas.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut sempat mengelak dan menekan brek.

Bukan kata kat Bayan Lepas kat mana-mana pun yang ada jejantas mesti ada yang tak mahu guna.

Kat Seberang Jaya paling banyak warga asing tak guna jejantas kita pula tak pasal-pasal kena hati-hati dengan mereka geram betul.

 

0/kiriman komen