Pihak berkuasa negeri Madhya Pradesh merobohkan rumah seorang lelaki selepas rakaman video ini menunjukkan dia membuang air kecil pada seorang penduduk Orang Asli tular di media sosial.
Insiden dalam video ini didakwa berlaku setahun lalu, manakala suspek yang dikenal pasti polis sebagai Pravesh Shukla ditangkap dan didakwa pada Selasa lepas.
Dia boleh didenda dan dipenjara sehingga dua tahun sekiranya didapati bersalah, kata polis.
“Sebaik sahaja kami mengetahui video ini menjadi tular, polis terus bertindak,” kata Timbalan Superintendan Polis Daerah Sidhi, Priya Singh. Kejadian berlaku di daerah berkenaan.
Polis daerah berkata kerajaan negeri mengarahkan rumah Shukla dirobohkan kerana dibina secara haram.
Media tempatan menunjukkan struktur itu diruntuhkan oleh jentolak Rabu lalu.
Kerajaan Madhya Pradesh berkata, mangsa akan menerima pampasan 500,000 rupee (RM28,263) dan 150,000 rupee (RM8,479) lagi untuk membantunya membina rumah baharu.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan melawat mangsa untuk memohon maaf atas apa yang berlaku
Catat Ulasan