Panik Banjir Lahar Dari Gunung Semeru


Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur.


Dalam sebuah klip video ini, orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka.

Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal sempat, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa.

Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang.Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir.

Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh.

Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.
 

0/kiriman komen