Penduduk daerah Lasem, wilayah Jawa Tengah digemparkan oleh penampakan pocong, manakala sebuah rumah warga tempatan di Desa Jolotundo diketuk secara misteri pada malam hari.
“Rumah saya diketuk malam Khamis lalu, jam 12 (tengah malam waktu tempatan). Sebelum ini ada berita tentang pocong."
“Saya dan anak saya tidak berani keluar,” kata penduduk itu yang dikenali sebagai Tarmini.
Seorang penduduk Desa Kranggan, Widodo pula mengaku melihat pocong di depan rumah jirannya, malam Selasa lepas.
Menurutnya, seorang lagi penduduk juga melihat penampakan pocong.
“Bagaimanapun, setelah dikejar anak saya, pocong itu melompat ke arah rimbunan pokok pisang,” kata Widodo.
Sementara itu, Ketua Polis Lasem, Arief Kristiawan berkata, pihaknya sudah melakukan rondaan di dua lokasi kejadian penampakan hantu pocong tersebut.
“Berdasarkan hasil penelitian di dua lokasi kejadian, kami memastikan video viral (tular) penampakan hantu pocong tersebut tidak benar,” katanya.
Ini kerana lokasi penampakan dalam video pocong itu tidak sama dengan lokasi kejadian di dua desa tersebut, tambahnya.
Catat Ulasan