Terkejut Lihat Ular Sawa Gergasi


Penduduk di sekitar perumahan Elmina, Shah Alam dikejutkan dengan seekor ular sawa bersaiz gergasi sedang melingkar menaiki sebuah bukit.


Ular sawa ke anaconda jumpa dekat area Elmina. Dirakam oleh salah seorang penduduk dan dimuat naik dalam kumpulan komuniti Denai Alam.

Seram besar macam ini, bukan takat orang, ini lembu atau kambing pun dia telan je ni. Kita tak tahu perkembangan terkini, tetapi harap ular tersebut ditemui segera.

Dalam pada itu, seorang penduduk di kawasan perumahan tersebut, dikenali sebagai Mustakim Ismail, turut mengesahkan perkara itu.

Ujarnya, kelibat haiwan reptilia bersaiz gergasi itu dilihat oleh budak-budak menaiki basikal dan sehingga kini masih belum dapat ditemui lagi.

Kawasan ni di Elmina Green, bukannya dekat Elmina Valley. Mereka dalam kumpulan WhatsApp kata masih belum temui sampai sekarang.

Elmina ni kawasan sawit.Elmina ni pun tengah nak buat perumahan baru. Jadi, habitat ular sawa terancam.

Sebab kawasan itu memang habitat dia. Tapi sayang sebab sikit-sikit kena tarah. Jadi dia berpindahlah tempat lain.
 

0/kiriman komen