Ular Sawa Burma Terpanjang Dunia


Seorang lelaki di negeri Florida dirakam ‘bergusti’ dengan ular sawa Burma paling panjang pernah ditemui.

Jake Waleri, 22, ternampak ular sawa sepanjang 5.8 meter (51 kaki) dan seberat 56.7 kilogram itu di Hutan Simpan National Big Cypress pada pukul 1 pagi (waktu tempatan), Isnin lalu.


Menerusi klip video ini,ia memaparkan Waleri memegang badan ular sawa itu untuk menghalangnya daripada merayap ke kawasan berumput.

Ular sawa itu bertindak balas dengan menerkam Waleri dan cuba melilit lelaki itu.

Waleri berguling-guling di atas tanah bersama ular itu sambil badan haiwan itu melingkar di bahu kanannya. Sementara itu, rakannya membantu memegang ekor ular tersebut.

Jabatan Konservasi Barat Daya Florida mengesahkan bahawa ular sawa itu adalah terpanjang di dunia.

Panjang ular sawa Burma biasanya antara 1.8 meter hingga 2.7 meter iaitu satu pertiga daripada yang ditemui Waleri.
 

0/kiriman komen