Ular Sawa Gergasi Dalam Tasik Ayer Keroh


Ular merupakan sejenis haiwan yang berasal dari keluarga reptilia dan dipercayai mempunyai ribuan jenis spesies, dari yang berbisa dan juga tidak berbisa.

Ular tedung merupakan antara spesies yang paling ditakuti kerana mempunyai bisa yang mampu membunuh haiwan yang besar dan manusia.

Selain ular tedung, spesies lain yang sering ditemui di Malaysia ialah ular sawa batik yang mempunyai cara unik memburu iaitu dengan membelit mangsa sehingga mati.

Ular sawa juga dikenali sebagai spesies ular yang terpanjang boleh ditemui di dunia selain daripada anaconda yang ditemui di kebanyakan negara amerika selatan.


Baru-baru ini telah tular penemuan seekor ular sawa bersaiz gergasi di sebuah tasik.

Ular sawa gergasi itu dipercayai telah ditemui di dalam sebuah Tasik di Ayer Keroh, Melaka.

Selain badannya yang bersaiz besar, ular itu juga kelihatan sangat panjang. Apabila dilihat secara kasar dari hujung kepala sehingga ke ekornya, ular itu boleh dikatakan sangat panjang dan menakutkan.

Kemain besar lagi ular sawa. Besar dan panjang.Dekat Tasek Ayer Keroh tu apa je tak ada? Buaya besau bas pon ada.


0/kiriman komen