Wanita Serbu Sarang Dadah


Sekumpulan wanita di Jambi tmenyerbu sebuah rumah yang dijadikan sarang penagih dadah.

Berdasarkan rakaman di lokasi kejadian ini , wanita-wanita itu merampas alat yang digunakan untuk menghisap syabu dan wang hasil jualan dadah.


Bagaimanapun, penagih dadah yang berkumpul di rumah itu sudah melarikan diri.

Serbuan itu dilakukan selepas mereka marah apabila banyak perabot dan motosikal penduduk kampung dicuri penagih untuk membeli dadah.

Mereka nekad menyerbu rumah itu kerana kecewa apabila sarang dadah dibiarkan berleluasa di kampung. 

Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi berkata, pihaknya telah menyerbu tempat tersebut dua jam sebelum serbuan kumpulan wanita terbabit. 

Selepas serbuan itu, polis berjaya menahan enam penagih dadah.

Salah seorang yang menyertai serbuan merupakan isteri kepada salah seorang daripada enam penagih dadah yang ditahan.
 

0/kiriman komen