Seorang wanita warga emas dirakam sedang mencuri pasu bunga di Kallang, Singapura, awal pagi kelmarin.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hitam putih ini , kejadian berlaku pada pukul 5.04 pagi (waktu tempatan).
Menerusi video ini juga menunjukkan wanita berkenaan berjalan ke arah pasu sambil memegang beg plastik kosong.
Dia kemudian membongkok dan kelihatan seperti mengambil sesuatu di lantai. Selepas beberapa saat kemudian, dia menegakkan badan dan berpatah balik beserta beg plastik yang kelihatan berisi.
“Makcik, kali pertama anda ambil (pasu bunga), saya menganggapnya sebagai sedekah. Sekarang, anda mengambil begitu banyak pasu bunga. Tua tidak bermakna anda boleh mencuri. Saya benci orang mencuri,” kata pengguna media sosial berkenaan.
Menurut beliau lagi, dia berjaya mengetahui di mana wanita tersebut tinggal dan berkongsi videonya itu dengan pegawai polis di blok perumahan berkenaan.
Catat Ulasan