Berbelit Lidah Sebut Nama


Senarai nama pelajar sebuah bilik darjah di Indonesia dengan salah satu daripadanya dikatakan amat sukar untuk disebut dan dieja.


Dalam video ini, seorang guru berkongikan senarai nama para pelajarnya.Nama-nama yang dipaparkan pada senarai itu sebahagian besarnya agak panjang dan unik bagi nama Indonesia.

Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis.Guru tersebut juga bertanyakan muridnya cara menyebut salah satu nama yang dianggapnya paling sukar.

“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.

“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar.

Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata: “Namanya susah sangat.”

Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa murid-murid dalam kelas tersebut.

Jangan disalahkan Generasi Z kerana yang memberikan nama mereka sudah pasti ibu bapa generasi Milenial.Ini belum tentu ibu dan bapanya tahu nama lengkap anaknya sendiri.

 

0/kiriman komen