Buaya Dalam Parit Di Tanjong Karang


Penduduk Kampung Parit Serong, Tanjong Karang di sini gempar apabila mereka menemui seekor buaya dalam sebuah parit di perkampungan itu semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima satu video tular mengenai penemuan reptilia tersebut kira-kira pukul 3 petang.


Katanya, penduduk memaklumkan cuba menangkap buaya itu tetapi gagal sebelum haiwan tersebut hilang ke dasar parit berkenaan pagi semalam.

“Hasil pemantauan dan siasatan Perhilitan tidak melihat kelibat reptilia tersebut. Anggota kami menjalankan rondaan di sekitar lokasi itu, namun buaya tersebut tidak ditemui,” katanya.

Tambah Choon Yung, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya bagi mengesan buaya berkenaan dan orang awam diminta segera menghubungi Perhilitan jika melihat buaya itu
 

0/kiriman komen