Cacing Dalam Bungkusan Salmon


Seorang wanita menemui seekor cacing sedang bergerak dalam bungkusan ikan salmon yang dijual di sebuah pasar raya.

Pengguna berkenaan, Rachel Lyn berkata, dia pada awalnya mahu membeli ikan tersebut di pasar borong Costco di Amerika Syarikat (AS) sebelum memutuskan untuk tidak mengambilnya selepas melihat cacing itu.


Dalam klip video ini , haiwan berwarna putih itu dilihat bergerak-gerak pada potongan daging salmo.

Lyn, 34, dari Tasik Wylie di negeri Carolina Selatan bukan individu pertama yang menemui cacing dalam ikan salmon di Costco.

Beberapa kejadian serupa pernah berlaku dengan pengguna dilaporkan sering menemui cacing pada ikan di pasar borong tersebut.
 

0/kiriman komen