Detik Kapal Terbang Terhempas Di Elmina, Shah Alam


Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.( semalam )

Insiden tersebut juga dikatakan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.


Semua penumpang dan kru sebuah pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam disahkan terkorban.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam.

Katanya, pesawat tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun dua minit sebelum mendarat, ia terhempas.
 

0/kiriman komen