Seorang pelajar di Indonesia dipaksa memusnahkan telefon bimbitnya dengan menggunakan tukul selepas dia ditangkap membawa peranti itu ke sekolah.
Beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.
Salah seorang pelajar perempuan kemudian diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.
Dia memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.
Ini tidak sepatutnya berlaku. Telefon itu perlu dikembalikan kepada ibu bapanya bukannya dimusnahkan sebegitu.
Telefon dibeli menggunakan wang, jika hukumannya begini, sama sahaja seperti mengajar mereka untuk tidak menghargai wang.
Catat Ulasan