Dua penumpang sebuah kapal pesiaran di Itali meminta kapten kapal berkenaan berpatah balik selepas mereka tiba lewat di pelabuhan.
Seorang penumpang lelaki dan penumpang perempuan yang berdiri di atas pelantar berpagar itu menjerit: “Tuan kapten, tolong kami.”
Bagaimanapun, permintaan mereka sia-sia kerana platform laluan masuk ke kapal persiaran itu sudah dialihkan.
Kejadian berlaku di pelabuhan Bari, wilayah Puglia, selatan Itali pada Selasa minggu lalu.
Pasangan itu dilaporkan ingin menaiki MSC Splendida iaitu kapal persiaran mewah bernilai £430 juta (RM2.5 bilion) dan boleh memuatkan 3,900 penumpang.
Presiden Pihak Berkuasa Sistem Pelabuhan Adriatik Selatan, Ugo Patroni Griffi memohon maaf kepada dua pelancong itu dan berkata: “Saya sangat kesal dengan kejadian ini.”
“Jelas sekali adalah mustahil untuk kapal pesiaran berpatah balik. Ia mempunyai jadual yang tepat dan operasi yang sangat mahal,” katanya.
Catat Ulasan