Lelaki Korea Pilih Wanita Aceh


Tular di media sosial Indonesia perkahwinan seorang lelaki warga Korea Selatan dengan seorang wanita berasal dari wilayah Aceh.


Majlis itu diadakan di Meulaboh, Aceh Barat pada 8 Ogos lalu. Pengantin perempuan bernama Arma Yulisa, manakala pengantin lelaki bernama Park Sang-hyeok.

Sang-hyeok mengahwini Arma dengan mas kahwin berupa 62 gram emas. Majlis itu dihadiri keluarga kedua-dua mempelai dengan ibu bapa pengantin lelaki turut datang dari Korea Selatan.


 

0/kiriman komen