Lelaki Rakam UFO Lintasi Ribut


Seorang lelaki mendakwa bahawa dia melihat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang melepasi ribut petir pada kelajuan 3,218 kilometer sejam ketika bercuti bersama keluarga di Pantai Fort Lauderdale, negeri Florida.

Carmen Rich, 29, memutuskan untuk merakam ribut yang melanda di pesisir pantai sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan),  17 Jun lalu.


Rakaman ini  memaparkan sebuah UFO muncul dan hilang dalam masa hanya satu saat. 

Dia kemudian menunjukkan rakaman tersebut kepada adik perempuannya, Jennifer Rich, 20, dan beberapa pengunjung pantai lain.

Menurutnya beliau juga menunjukkan rakaman itu kepada penduduk tempatan dan mereka juga tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini.

0/kiriman komen