Menara Jam Di Mekah Disambar Kilat


Kilat menyambar Menara Jam di kawasan pergunungan di Mekah, Arab Saudi, sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin.


Gambar dan video yang di rakam menunjukkan kilat menyambar serta menerangi langit selama kira-kira 4 saat.

Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi meramalkan awan kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha, dan Mekah, serta akan bergerak ke arah barat dengan jangkaan hujan sederhana hingga lebat.

Ia juga akan membawa hujan batu dan angin kencang.

Laman web ramalan cuaca, Arab Weather turut menyatakan bahawa wilayah barat daya dan barat negara itu menyaksikan aktiviti cuaca luar biasa sepanjang minggu lalu yang membawa kepada hujan dengan intensiti berbeza-beza.
 

0/kiriman komen