Seorang peniaga nasi berlauk di Ponorogo, wilayah Jawa Timur, menjadi popular di media sosial selepas dia menjual makanan itu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Alphard,.
Kenderaan tersebut dijual dengan harga 1 bilion rupiah (RM304,702) untuk unit baharu di Indonesia.
Dalam video ini, peniaga wanita itu dilihat meletakkan lauk-pauk di belakang Alphard tersebut selain turut meletakkan beberapa lauk lain di atas meja.
Terdapat juga sepanduk pada kenderaan itu yang tertulis: “Warung Nasi Artmoro”
Orang kaya kalau ada masa terluang tetapi masih rajin mencari wang.
Bagus peniaga ini. Kebanyakan orang yang memakai kenderaan ini suka menunjuk-nunjuk dan dan bersikap sombong. Namun, kali ini berbeza kerana peniaga tersebut menjual nasi berlauk. Semoga jualannya laris.
Catat Ulasan