Pengantin Perempuan Duduk Sendirian


Seorang pengantin perempuan duduk bersendirian di atas pelamin semasa majlis perkahwinannya.


Berdasarkan video ini, pengantin perempuan itu hanya ditemani ibu bapanya di pelamin kerana pengantin lelaki tidak hadir ke majlis tersebut.

Resepsi itu berlangsung sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Pengantin lelaki telah meninggalkan pengantin perempuan selepas selesai akad nikah pada pagi hari sama di Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA).

Bapa wanita itu, Adhar Amiruddin berkata, perkahwinan itu tidak diingini oleh pengantin lelaki dan keluarganya, namun dia berkeras mengawinkan anaknya dengan lelaki tersebut. 

Perkahwinan itu diteruskan kerana anak perempuannya hamil tujuh bulan atas perbuatan lelaki tersebut. Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengakui hubungan terlarang antara mereka. 

 

0/kiriman komen