Beberapa pekerja pembinaan mengejar seorang penunggang motosikal kerana melalui jalan yang masih belum kering
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki berbaju biru dan memakai pelitup muka dilihat menunggang motosikal melalui jalan yang masih dalam pembinaan.
Dia kelihatan cuba mengundurkan motosikalnya apabila ia tersangkut dalam bancuhan jalan yang masih belum kering.
Jalan itu dipenuhi kesan tayar dan kasut setelah dilalui lelaki terbabit.
Beberapa saat kemudian, beberapa pekerja pembinaan mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sambil menjerit ke arahnya.
Salah seorang daripada mereka kelihatan membawa kayu dan penyodok untuk meratakan semula bancuhan jalan yang tidak rata.
Saya hairan dengan mereka yang tetap mahu melalui jalan seperti itu. Adakah mereka tidak nampak dan tidak dapat rasa yang jalan dilalui itu masih lembut.
Catat Ulasan