Puting Beliung Api


Fenomena puting beliung api yang sangat jarang berlaku terjadi dalam satu kebakaran hutan di Kanada minggu lalu.


Kejadian tersebut berlaku semasa kebakaran hutan di Tasik Downton berhampiran perbandaran Lillooet pada 17 Ogos lalu dan mencetuskan ketakutan apabila latar langit diselubungi dengan warna merah.

Perkhidmatan Kebakaran Hutan British Colombia berkata, ‘pusaran api’ memutarkan lajur gas dan nyalaan dengan kuat.

Setakat ini, tidak dijelaskan sama ada puting beliung api itu membawa kepada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda di kawasan tersebut
 

0/kiriman komen