Selamba Hantar Makanan Dekat Kubur


Penghantar makanan atau rider pastinya banyak pengalaman membuat penghantaran tanpa mengira tempat atau lokasi.

Tanpa mengira cuaca atau waktu, penghantar makanan akan melakukan segalanya demi mengumpul duit buat keluarga atau diri mereka.

Kebiasaan pastinya rider menghantar di rumah ataupun pejabat, tapi jangan main-main sekarang ini sampai ke kawasan perkuburan demi memenuhi pekerjaan mereka.


Menerusi video ini  memaparkan mengenai kesanggupan rider yang sanggup masuk ke kawasan perkuburan.

Pastinya pada mula ramai yang menolak mungkin kerana takut ia adalah gurauan semata tanpa mengetahui sebenarnya memang ada orang buat pesanan.

Rupanya yang membuat pesanan itu adalah sekumpulan orang yang sedang menyiapkan lubang kubur kerana ada kematian.

Mungkin terlalu lapar tapi banyak lagi kerja perlu dilakukakan hingga mereka terpaksa membuat pesanan dalam aplikasi penghantaran makanan.

Rata-rata mengkagumi keberanian penghantar makanan tersebut, yang berani membuat penghantaran meskipun tahu di kawasan perkuburan.

Ingat kena scam (tipu). Nayaaa ikut lokasi tahu-tahu sampai kubur. Nasib baik tak kena scam.

Aku rasa dia ini tenang sahaja sebab sebelum ini pernah hantar pesanan dekat alam sebalik mata kot...
 

0/kiriman komen