Insiden skuter Honda BeAT patah dua dengan frem berkarat . Melalui klip video ini menunjukkan seorang lelaki dan wanita buntu memikirkan apa berlaku kepada skuter mereka.
Individu itu didengar berkata;Ya, ia sudah patah, semasa di selekoh.
Karat teruk yang berlaku pada frem Honda Beat eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan netizen menganggap itu sebagai punca frem skuter tersebut patah dua.
Pengarah Pemasaran Astra Honda Motor (AHM), Octavianus Dwi Putro tampil memberikan jawapan.
Menurutnya, ada banyak faktor menyumbang kepada kejadian frem patah dua atau karat yang bergantung kepada kes setiap skuter. Octavianus berkata;
Bergantung kepada kes, kami banyak terima. Jika kes itu berkait kesilapan pihak pengeluar, kami akan menggantikannya.
"Ada sesetengah (kes) perlukan siasatan lanjut, kami akan menguruskannya, Jadi, ini bergantung kepada kes. Ada beberapa disebabkan cara penggunaan, selebihnya terkena air laut (air masin)."
Jadi, ada macam-macam kes.
Octavianus juga menyatakan pihak pengeluar ada syarat waranti yang mana pelanggan boleh mengemuka tuntutan terhadap masalah tersebut menerusi bengkel rasmi baik pulih AHASS.
Motosikal Honda terbahagi kepada tiga jenis waranti, iaitu:
Enjin: 3 tahun atau 30,000km (mana satu tiba dulu)
Frem dan Elektrik: 1 tahun atau 10,000km (mana satu tiba dulu)
Komponen PGM-FI: 5 tahun atau 50,000km (mana satu tiba dulu)
Tambahan lain, waranti adalah tertakluk kepada penukaran atau baik pulih kerosakan jika sesuatu komponen rosak disebabkan kesilapan pengeluaran, material atau produk material, dan kesilapan pembuatan.
Beliau berkata lagi;
"Lebih kurang macam (kes) ini, ia hakisan. Sama kepada mereka yang tinggal di kawasan tepi pantai, ini lebih cepat terjadi. (Waranti) bergantung kepada kes lebih awal, yang masih termasuk dalam syarat atau tempoh perlindungan atau sebaliknya."
Catat Ulasan