Solat Di Tengah Jalan Raya Sibuk


Seorang lelaki didapati bersolat di tengah jalan raya sibuk dan tetap khusyuk walaupun terdapat sebuah bas bergerak melintasi malam kelmarin.

Ketua Desa Sembayat, M. Amin berkata, beliau mengesahkan kejadian itu berlaku di Jalan Raya Sembayat, Kecamatan Manyar dalam wilayah Jawa Timur pada pukul 11 malam (waktu tempatan).


Menurutnya, lelaki itu sempat menyatakan bahawa dia berasal dari Lamongan, Jawa Timur tetapi tempat sebenar dia tinggal di wilayah itu tidak diberitahunya.

Sementara itu, Ketua Polis Manyar, Priyo Prayitno menyatakan bahawa kejadian itu berlaku dengan singkat dan lalu lintas di tempat lelaki berkenaan solat turut terganggu.

“Singkat, tidak lama. Ketika anggota kami tiba di lokasi kejadian, lelaki berkenaan sudah tidak ada,” jelasnya.

“Menurut ketua kampung dan penduduk setempat, lelaki itu ialah orang Lamongan,” katanya. 
 

0/kiriman komen