Tersungkur Ditendang Zirafah


Seekor  zirafah menendang seekor burung unta yang cuba menyerangnya di Zoo St. Louis, negeri Missouri.


Kejadian dikatakan berlaku pada Mca lalu.  Rakaman video ini  bermula dengan seekor burung unta mengekori zirafah sambil mengepakkan sayapnya dengan ganas.

Sebagai tindak balas, zirafah bersahaja  menendang burung unta itu dengan kaki belakangnya, menyebabkan ia rebah ke tanah.

Burung unta tersebut dilihat mengalami kesukaran untuk bangkit semula selepas itu.

Tidak lama kemudian,  burung unta itu cuba mendekati zirafah sama sekali lagi. Namun, kali ini  ia memilih untuk melarikan diri dengan berjalan terus ke tembok batu.


 

0/kiriman komen