Seorang pencuri di wilayah Aceh, Indonesia menjerit ketakutan apabila pemilik rumah yang dipecah masuk cuba menakutkannya dengan ular selepas dia dikurung.
Dalam video ini, pemilik rumah itu dilihat telah mengurung suspek di dalam sebuah bilik setelah kegiatannya diketahui.
Pencuri itu kemudian menjerit ketakutan selepas seorang lelaki berbaju merah jambu cuba menakutkannya dengan seekor ular.
Suspek berkali-kali mengetuk pintu supaya dikeluarkan dari bilik tersebut, namun beberapa lelaki yang berada di luar hanya mentertawakannya.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ular itu asli atau mainan.Pencuri itu berusia dalam lingkungan 20-an.
Kurang bang, sepatutnya pakai anakonda,.
Catat Ulasan