Turun Motosikal, Bantu Warga Emas


Tindakan seorang penunggang motosikal di Singapura yang turun dari kenderaannya untuk membantu warga emas melintas jalan menerima pujian netizen.


Dalam video ini yang di rakam Jumaat lalu, seorang lelaki memakai topi keledar dilihat berdiri di sebelah motosikal.

Pada masa sama, terdapat seorang wanita warga emas di satu sudut persimpangan Jalan Kim Pong dan Jalan Tiong Bahru.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kedua-duanya menyeberang jalan dengan lelaki itu menolak troli barangan wanita tersebut, manakala warga emas itu menggunakan alat bantu berjalan.

0/kiriman komen