Seorang wanita berkongsi detik cemas dalam hidupnya apabila dia diberi ‘ujian’ oleh bakal ibu mentuanya yang menyuruh dia memegang seekor anak kucing.
Berdasarkan video ini, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia takut kepada haiwan tersebut.
Namun, bakal ibu mentuanya dilihat dengan santai menggendong anak kucing lalu menarik tangan wanita tersebut agar menyentuh haiwan itu.
Disebabkan rasa takut, wanita tersebut beberapa kali menarik tangannya, namun dia tetap mencuba untuk menyentuh haiwan itu.
Diuji kebolehan memasak ❌, diuji perlu berani pegang anak kucing ✅.
Selepas beberapa saat, wanita itu mula berani memegang bulu anak kucing itu meskipun hanya menggunakan satu jari.
Namun, setiap kali anak kucing mengeluarkan suara, wanita itu menarik semula tangannya kerana ketakutan, sehingga dia akhirnya berjaya membelai haiwan tersebut dengan tenang.
Catat Ulasan