Warga Emas Beli Honda CBR Guna Seguni Wang


Seorang warga emas membeli sebuah motosikal jenama Honda CBR selepas mengira seguni wang simpanannya. 

Kejadian warga emas mengira seguni wang yang disimpannya itu berlaku di Daerah Pekalongan, wilayah Jawa Tengah. 


Berdasarkan rakaman ini, dia dikerumuni orang ramai ketika mengira wang yang disepahkan di atas tanah sebelum memasukkannya semula ke dalam guni.

Warga emas itu kemudian dilihat menaiki motosikal hitam yang baru dibelinya dengan hanya memakai kain pelikat.

Mantap, orang tua pandai menyimpan wang berbanding orang muda.

0/kiriman komen