Seorang penunggang basikal terkejut terserempak dengan seekor tapir Malaya ( baby panda ) yang bergerak laju di sebuah taman di Punggol, Singapura, awal pagi kelmarin.
Rakaman ini memaparkan haiwan tersebut berlari di hadapannya setelah memintas seorang penunggang basikal yang sedang menunggang basikal di sebuah trek pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).
Tapir itu berlari dengan amat laju ke arah Jambatan Lorong Halus.
Penunggang berkenaan terdengar sesuatu sedang berlari dari arah belakang. Beliau menyangkakan ia kuda. Jadi dia memperlahankan basikal dan membiarkan tapir itu memintasnya.
Sebelum ini, di laporkan seekor tapir Malaya yang dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura dilihat berkeliaran di Punggol Park Connector pada 22 Julai lalu.
Pegawai Eksekutif Bersama, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan ketika itu dipetik sebagai berkata, pihaknya berharap dapat menghantar pulang haiwan tersebut dan menempatkannya di habitat asalnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan sama ada kedua-dua tapir yang dilihat itu adalah haiwan yang sama.
Catat Ulasan