Seorang lelaki di Singapura sanggup membayar lebih SGD$400 (RM1,373) untuk membeli kira-kira 30 ekor ikan hidup dari sebuah pasar raya sebelum melepaskan haiwan-haiwan itu ke dalam terusan.
Lu , 62, berkata, dia sedang berjalan di taman apabila melihat tindakan lelaki tersebut.
Kejadian itu berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu di terusan berhampiran Ghim Moh Link.
Menurut seorang pekerja dari pasar raya Sheng Siong, lelaki berbaju putih itu membeli semua ikan hidup di premis tersebut sebaik sahaja tiba.
Dia membeli lebih 30 ekor ikan termasuk sekurang-kurangnya 10 ikan siakap dan tilapia merah berharga lebih SGD$400.
Tambah kakitangan itu, rakan sekerjanya membantu lelaki berkenaan mengangkut ikan tersebut. Apabila mereka sampai ke terusan, barulah rakan sekerjanya menyedari bahawa lelaki itu mahu melepaskan ikan ke dalam air.
Melalui Video ini menunjukkan situasi di mana lelaki itu membawa kotak styrofoam, berjalan menuruni anak tangga sebelum menuang ikan hidup ke dalam terusan.
Walaupun lelaki itu mempunyai niat baik, tindakan melepaskan sesetengah haiwan ke alam liar kadang kala mungkin mempunyai kesan negatif yang tidak diingini terhadap alam sekitar.
Dalam kes tersebut, ikan-ikan itu mungkin dibiakkan di dalam kurungan atau diperoleh dari laut, yang merupakan persekitaran berbeza daripada terusan air tawar.
Catat Ulasan