Campur Jus Oren Dan Air Paip Dalam Besen Mop Lantai


Sebuah restoran di China terlibat dalam skandal kebersihan makanan selepas seorang pekerja didapati mencampur air paip ke dalam besen mop lantai yang dipenuhi jus oren.

Restoran Tianye yang berpangkalan di Wenzhou, wilayah Zhejiang memohon maaf selepas berita insiden itu tular.


Video yang dirakam pelanggan ini memaparkan pekerja restoran itu meletakkan periuk berisi  jus oren pekat ke dalam besen yang digunakan untuk mencuci mop lantai lalu menambah air paip.

Kelihatan sebatang mop dan penyapu tergantung berdekatan mesen itu, manakala sebuah tong sampah yang sudah penuh kelihatan di lokasi kejadian.

Apabila pekerja itu menyedari dia dirakam, dia terus menuangkan jus oren itu ke dalam bekas hidangan, manakala beberapa pekerja lain cuba menghentikan rakaman.

Dalam satu kenyataan pada 26 Ogos lalu, Restoran Tianye menyalahkan insiden itu atas kekurangan penyeliaan dan gaya pengurusan yang santai di cawangan terbabit.

Pengurus restoran telah diturunkan pangkat manakala pekerja yang terlibat digantung kerja dan ditempatkan dalam program latihan kebersihan makanan
 

0/kiriman komen