Check Out Lepas 20 Minit Di Ganggu


Seorang lelaki memilih untuk menginap di sebuah hotel di Bukit Merah dengan harga penginapan serendah RM60 satu malam.

Beliau pada mulanya memilih untuk menginap di hotel ini berikutan harganya yang rendah. Situasi seram bermula apabila jalan masuk ke hotel tersebut seolah tidak lengang dan tidak berpenghuni.

Malah beliau turut memaklumkan beliau merupakan satu-satunya pelanggan hotel tersebut pada ketika itu.

Meskipun mendapati kaunter hadapan tidak berpenghuni dan ruangan dalaman sunyi dan menyeramkan, beliau memilih untuk terus menginap di bilik hotel tersebut.


Dalam pada itu, beliau nampaknya memilih untuk mengubah keputusannya 20 minit selepas check in di hotel tersebut selepas mendengar beberapa bunyi misteri dalam bilik hotel berkenaan

Bunyi pintu diketuk dan langsir bilik air bergerak sendiri antara didengari beliau sepanjang berada di bilik tersebut sehinggalah azan Maghrib. Bunyi tersebut sekali lagi menghantui beliau selepas azan berakhir.

Beliau seterusnya memilih untuk keluar daripada bilik tersebut serta meneruskan perjalanan ke tempat penginapan yang lain angkara bunyi-bunyi misteri di bilik tersebut.

Menurutnya, beliau mampu untuk berada dalam bilik tersebut namun beliau akui mungkin tidak dapat tidur sepanjang malam sekaligus membuatkan badan beliau letih pada keesokan harinya.

Hotel ini dikatakan turut menjadi pilihan kumpulan paranormal.
 

0/kiriman komen