Lari selepas langgar motosikal di lampu isyarat punca pemandu kereta jenis Nissan Almera dikejar di sepanjang Jalan Gombak dari arah Taman Sri Gombak menghala ke Sentul Point, di sini kelmarin.
Bagaimanapun, suspek yang juga pemandu kereta itu masih belum tampil ke balai polis untuk membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 2.05 petang.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta jenis Nissan Almera.
Suspek melanggar bahagian sisi sebelah kiri motosikal jenis Yamaha LC135 seterusnya melanggar bahagian kiri sebuah Proton Saga.
Menurut Sarifudin, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Catat Ulasan