Seorang penunggang motosikal roda tiga di Makassar, Indonesia ditahan selepas sebuah klip video memaparkan dia menyeret seekor anjing di jalan raya tular di media sosial.
Lelaki bernama, Arman itu memberitahu polis bahawa dia tidak sengaja menyeret haiwan tersebut.
Menurut Arman, dia diminta seseorang untuk membawa anjing itu dari Jalan Sungai Poso ke Jalan Gunung Bawakaraeng.
Akibat takut, dia memilih untuk menarik tali anjing itu secara perlahan-lahan sambil ia berjalan.
“Ketika saya mengambil anjing ini daripada pemiliknya, saya takut untuk membawanya menaiki motosikal. Jadi saya biarkan ia berjalan perlahan-lahan,” katanya.
Selepas berjalan lama, anjing itu keletihan. Ketika melepasi lampu isyarat, Arman terpaksa memandu dengan laju namun hanya tersedar anjing itu terseret apabila diberitahu orang.
Polis kemudian memanggil Perikatan Penjagaan Haiwan Indonesia (APHI) dan pemilik anjing itu untuk berunding di Ibu Pejabat Polis Makassar.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, Ridwan Jason Maruli Hutagaol berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan anjing yang diseret itu.
Tambah Ridwan, selepas pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai
Catat Ulasan