Perakam Video Perkahwinan Cetus Kebakaran Di Gunung


Gunung Bromo yang merupakan lokasi pelancongan popular di Indonesia, terbakar selepas sekumpulan pelancong menyalakan suar ketika merakam video acara praperkahwinan.


Video ini  memaparkan punca permulaan kebakaran di sekitar Bukit Teletubbies.
Walaupun api dilihat marak, kumpulan pelancong yang mencetuskan kebakaran itu kelihatan tenang dan tidak meminta pertolongan.

Sebuah tripod dan peralatan kamera diletakkan berdekatan mereka di lokasi kejadian.

Api daripada suar itu merebak di kawasan ditumbuhi pokok-pokok kering dan mencetuskan kebakaran besar sehingga lokasi tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Pihak berkuasa dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api. Pelaku yang mencetuskan kebakaran termasuk pasangan pengantin telah ditahan.

“Seorang pelaku yang terlibat dan lima saksi sudah ditahan,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Probolinggo, Zaenal Arifin.
 

0/kiriman komen