Sama Ada Mengantuk, Mabuk Atau Sengaja Langgar


Seorang pemilik kereta jenis Mazda CX-5 sedang dicari gara-gara melanggar lari seorang penunggang motosikal sehingga jatuh dalam kejadian pada tengah hari kelmarin.

Menerusi video ini ,kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.47 tengah hari kelmarin.

Di dalam video tersebut, kelihatan kereta jenis Mazda itu secara tiba-tiba menghimpit penunggang motosikal yang berada di kiri sehingga terjatuh.


Walau bagaimanapun, pemilik kereta tersebut dilihat tidak berhenti malah meneruskan perjalanannya.

Lokasi kejadian spesifik tidak dapat dipastikan dimana namun dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa dengan berpandukan bukti kamera papan pemuka kereta saksi yang melihat kemalangan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 018-2521822.

Ramai yang mensyaki pemandu tersebut mengantuk atau mabuk kerana melihat kereta tersebut perlahan-lahan menghimpit ke bahagian kiri.

Macam sengaja langgar, motosikal itu elok sahaja dekat tepi.Cara dia masuk belah kiri itu memang macam ada niat.

Sama ada mengantuk atau mabuk.. harap polis dapat tangkap segera,.
 

0/kiriman komen