Seorang bapa tersilap menyebut ‘set alatan sekolah’ semasa akad nikah anak perempuannya.
Lelaki itu dilihat menggenggam tangan pengantin lelaki di hadapan saksi sambil melafazkan akad nikah.
Namun, daripada menyebut ‘set alat solat’, bapa pengantin perempuan itu menyebut ‘set alat sekolah’ kerana gementar.
“Saudara Chandra Bachtiar. Saya kahwinkan kamu dengan anak saya, Tria Anawati dengan mas kahwin satu set alat sekolah. Eh, solat,” kata bapa pengantin perempuan.
Saksi dan tetamu yang hadir ketawa melihat gelagat bapa pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak dapat menahan dirinya lalu menutup muka menggunakan tangannya.
Satu set alat sekolah dibayar koperasi.
Catat Ulasan